Monday 25 August 2014

PUNCA-PUNCA MURID LEMAH MENGEJA..

Artikel yang saya tulis ini saya dapat melalui pembacaan. Buku tersebut bertajukKaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, Penerbit USM Pulau Pinang, 2011.

Walaupun ia ditulis khusus untuk murid-murid berkeperluan Khas, tetapi saya rasa ia juga sesuai dipraktikkan untuk murid-murid  Program Pemulihan Khas.

Apa yang dimaksudkan dengan ejaan dan mengeja secara terperinci boleh dibaca pada entry saya .

APA ITU EJAAN?

Ejaan adalah satu bentuk pelaziman melalui penulisan. Ia mempunyai 26 huruf atau abjad roman dan mengandungi lebih daripada 40 fonik.

SIAPA MURID YANG BERMASALAH DALAM EJAAN?

Murid-murid yang sering mengalami masalah dalam ejaan terdiri daripada murid disleksia, murid yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan (sumbing, gagap, masalah artikulasi dan masalah suara). Murid-murid ini tidak mahir dalam ejaan bukan kerana mereka MALAS belajar tetapi kerana mereka mempunyai masalah dalam menyebut perkataan tersebut. Contohnya murid disleksia sering melihat huruf dengan terbalik. Oleh itu, murid sering meghadapai masalah dalam ejaan.

PUNCA-PUNCA MURID LEMAH DALAM EJAAN

1. Lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual.

Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. 

Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk.

Contoh: Makan dibaca sebagai nakaM


2. Tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau perkataan.

Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza.

Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja.

Contoh: Keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".


3. Masalah memori auditori dan visual.

Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual.


4. Lemah dari segi Analisis pendengaran.

Murid sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran.

Contoh: Sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.


5. Sebutan huruf yang salah.

Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selain itu, murid menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling.



Contoh: "Makan" disebut "make", "perang" ( peperangan) disebut "perang" (warna)

SUDUT-SUDUT PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS PEMULIHAN

Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu:


  1. Ruang pengurusan
  2. Ruang P&P
  3. Ruang multimedia
  4. Ruang bahasa
  5. Ruang Matematik
  6. Ruang pengamatan


Ruang bahan bacaan dan permainan.

Ruang p&p yang sangat ringkas

Murid diberi pilihan sama ada ingin membaca atau bermain selepas P&P tamat. 

Penggunaan slaid semasa p&p

SIAPAKAH MURID PEMULIHAN KHAS???


Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.

Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.

Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.


DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

A.E. Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.

M.F.  Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah  kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. 

Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan  mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana.

Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. 
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.

Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.


Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhanaatau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’.


SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS...
  • Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
  • Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid belajar bersabar
  • Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
  • Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
  • Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.


CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS

Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan  di sekolah.
  • Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
  • Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
  • Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru 
  • Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja
  • Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.
  • Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
  • Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan 
  • Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
  • Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.
  • Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
  • Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
  • Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process.

A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.

APAKAH PROGRAM PEMULIHAN KHAS???

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.

Definisi Program Pemulihan Khas 

Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

“ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhikeperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanakpemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secarasambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorangguru pemulihan.”
                      (National Association for Remedial Education ‘NARE’  Great Britain - 1977)

 
“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiranmembaca, menulis dan mengira”. (Panduan Am KBSR - 1982)

“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraankhususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asasyang menjadi fokus KBSR”.


Murid Pemulihan Khas 

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

Rasional 

PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.  

Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara 25-30 orang sahaja.

PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.

Kumpulan Sasaran

Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.

1) Masalah pembelajaran akibat :
    a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
    b) sering tidak hadir ke sekolah
    c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
    d) leka dan lambat

2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
   a) masalah peribadi
   b) masalah psikologi

   c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)

Tuesday 19 August 2014

SELAMAT DATANG!!
BLOG INI BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG PENDIDIKAN PEMULIHAN.