Terdapat
berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan
Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun
‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya
mereka di kelas.
Murid-murid
pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran
sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan
simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS
Jabatan
Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid
Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran
asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
A.E.
Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak.
Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana.
Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.
Pusat
Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid
pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan
mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh (1984)
Murid
pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak
luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah
pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini
memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf
pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi
murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson
(1963)
Murid yang
tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang
sedarjah dengannya.
Dengan segala
jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah
mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan
di bawah sederhanaatau rencatan yang ringan dan termasuk
mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha
penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
Kanak-kanak
belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya
belajar bila telah ‘bersedia’.
SEORANG
MURID PEMULIHAN KHAS...
- Perlukan masa tambahan untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
- Murid perlu ditawarkan dengan
insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid belajar
bersabar
- Pemakanan yang betul – sarapan
yang berkualiti dan tepat pada masanya
- Tidur yang mencukupi – boleh
menambahbaik prestasi mereka
- Guru/ibu bapa perlu mencari bahan
atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran
lebih bermakna dan relevan.
CIRI-CIRI
MURID SLOW LEARNERS
Secara
umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang
dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang
digunakan di sekolah.
- Kurang matang dalam hubungan
dengan orang lain dan di sekolah
- Tidak dapat menyiapkan tugasan
yang kompleks dan sangat lambat bekerja
- Hilang kawalan masa, tidak boleh
memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru
- Sukar menguasai kemahiran yang
bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan
mengeja
- Tidak dapat merancang objektif
jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.
- Bermasalah dalam pengurusan masa
kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
- Lemah daya ingatan – Pengamatan,
kemahiran asas dan pertuturan
- Kurang yakin diri, kurang tekun,
kurang pengalaman
- Perbendaharan kata terbatas,
tidak kreatif.
- Kesukaran mengawal emosi,
menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
- Kesihatan sering terganggu,
ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
- Bersikap egosentrik
Slow
learners differ
from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a
problem with the process.
A
reluctant learner is
not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for
teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have
learning disabilities.
No comments:
Post a Comment