Program
Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk
membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam
pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.
Definisi
Program Pemulihan Khas
Satu
program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang
kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh
guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
“ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhikeperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanakpemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secarasambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorangguru pemulihan.”
(National
Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain - 1977)
“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiranmembaca, menulis dan mengira”. (Panduan Am
KBSR - 1982)
“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraankhususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asasyang menjadi fokus KBSR”.
Murid
Pemulihan Khas
Murid yang
menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
)
Rasional
PPK
dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah
kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
Majoriti
kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini
berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan
murid antara 25-30 orang sahaja.
PPK pada
dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu
mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.
Kumpulan Sasaran
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik
pengajaran guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan
aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah
pengamatan)
No comments:
Post a Comment