Artikel yang saya tulis ini saya dapat
melalui pembacaan. Buku tersebut bertajukKaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Mohd Zuri
Ghani & Aznan Che Ahmad, Penerbit USM Pulau Pinang, 2011.
Walaupun ia ditulis khusus untuk
murid-murid berkeperluan Khas, tetapi saya rasa ia juga sesuai dipraktikkan
untuk murid-murid Program Pemulihan Khas.
Apa yang dimaksudkan dengan ejaan dan
mengeja secara terperinci boleh dibaca pada entry saya .
APA ITU EJAAN?
Ejaan
adalah satu bentuk pelaziman melalui penulisan. Ia mempunyai 26 huruf
atau abjad roman dan mengandungi lebih daripada 40 fonik.
SIAPA MURID YANG BERMASALAH DALAM
EJAAN?
Murid-murid yang sering mengalami
masalah dalam ejaan terdiri daripada murid disleksia, murid yang mengalami
masalah pendengaran dan pertuturan (sumbing, gagap, masalah artikulasi dan
masalah suara). Murid-murid ini tidak mahir dalam ejaan bukan kerana mereka
MALAS belajar tetapi kerana mereka mempunyai masalah dalam menyebut perkataan
tersebut. Contohnya murid
disleksia sering melihat huruf dengan terbalik. Oleh itu, murid sering
meghadapai masalah dalam ejaan.
PUNCA-PUNCA MURID LEMAH DALAM EJAAN
1. Lemah
dalam pengamatan penglihatan atau visual.
Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas
keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber
lain.
Pengamatan visual pula berkait dengan
keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar
maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid
menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan
mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara
songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan
kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk.
Contoh: Makan dibaca sebagai nakaM
2. Tidak
dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau perkataan.
Murid tidak dapat mengecam bentuk
huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama
walaupun bunyinya adalah berbeza.
Bagi murid disleksia, masalah yang
dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi perkataan sangat ketara.
Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Murid melihat
abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan
inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja.
Contoh: Keliru membezakan huruf
"b" dan "d", huruf "p" dan "q".
3. Masalah
memori auditori dan visual.
Murid menghadapi masalah untuk
mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan
mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina
kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan
menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa
memerlukan petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat
memerlukan latihan dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual.
4. Lemah
dari segi Analisis pendengaran.
Murid sukar mengingat bunyi abjad,
bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau menggabungkan suku kata
bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf
dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran.
Contoh: Sukar membezakan bunyi
huruf vokal dan huruf konsonan.
5. Sebutan
huruf yang salah.
Murid menyebut nama huruf dalam 'telo'
bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selain itu, murid menghadapi masalah dalam
sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling.
Contoh: "Makan" disebut
"make", "perang" ( peperangan) disebut "perang"
(warna)